DTTAS: Kekurangan guru Bahasa Iban kritikal, perlu penyelesaian segera

(Dari kiri) Diana David Itang dan Evelyn Julian.
Advertisement

KUCHING, 22 Jun: Kekurangan tenaga guru untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Iban di tahap kritikal dan perlu di atasi segera.

Justeru, Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) menyeru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah menangani isu kekurangan guru mata pelajaran tersebut secepat mungkin.

Menerusi kenyataan bersama Naib Presiden Diana David Itang dan Setiausaha Agung Evelyn Julian, Bahasa Iban harus diberi keutamaanboleh KPM memandangkan ia sudah diiktiraf di peringkat tinggi dalambsukatan pelajaran di negara ini.

Advertisement

“Di Sarawak seramai 2,250 orang guru Bahasa Iban diperlukan sebelum ia menjadi lebih kritikal apabila guru-guru yang berkhidmat sekarang bbersara dalam tempoh terdekat.

“Kekurangan guru dalam mata pelajaran ini akan menjadi isu kritikal dalam pendidikan sekiranya gagal diselesaikan secara komprehensif oleh KPM.

“Kebimbangan ini pernah disuarakan oleh Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS),” katanya.

DTTAS dalam kenyataan itu turut menggesa agar KPM menambah jumlah pengambilan guru pelatih Bahasa Iban di institut-institut perguruan sedia ada sejajar dengan tarafnya yang sudah diiktiraf.

Turut dicadangkan ialah agar KPM menerusi pengambilan khas dapat mengisi kekosongan dengan menambah jumlah pengambilan guru bagi mata pelajaran Bahasa Iban.

“KPM juga harus menambah bilangan guru pelatih Bahasa Iban dalam setiap pengambilan ke IPG sehingga isu kekurangan guru ini selesai,” katanya. — DayakDaily

Advertisement