KPD Miri: Jangan buat spekulasi tentang kematian guru lelaki

Supt Alexson Naga Chabu

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 30 Jun: Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes kematian seorang guru lelaki warga tempatan berbangsa Cina baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, sebarang spekulasi yang dibuat boleh menganggu siasatn pihak polis kerana ia masih lagi dalam siasatan.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan medianya hari ini, satu kertas siasatan mati mengejut telah dibuka bagi mengenalpasti punca kematian.

“Pihak polis telah menerima laporan mengenai seorang guru lelaki warga tempatan berumur lingkungan 38 tahun berbangsa Cina yang telah meninggal dunia di Hospital Umum Miri pada 21 Jun yang lalu,”katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini kerana ia akan mengganggu siasatan.

Individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan insiden ini diminta untuk tampil ke Balai Polis yang berdekatan untuk membantu siasatan atau menghubungi Ketua Polis Balai iaitu Insp Nixon Malang di talian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan. — DayakDaily