KUCHING, 2 Mei: Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian hari ini melancarkan buku ‘Women Practising Resilience, Self-Care and Wellbeing in Academia’.
Buku tersebut hasil tulisan Prof Ida Fatimawati Adi Badiozaman, Dr Voon Mung Ling dan Kiran Deep Sandhu.
Dr Sim dalam ucapannya bangga dengan dedikasi ketiga-tiga penulis yang berjaya menyiapkan buku yang disifatkannya penting dalam menceritakan karier wanita dalam bidang akademik.
“Buku ini sebenarnya menonjolkan kesabaran dan kreativiti penulis, dan saya yakin ia sesuatu yang menarik untuk dibaca.
“Kisah karier wanita dalam bidang akademik, menyahut cabaran dalam tuntutan pendidikan tinggi,” kata Dr Sim.
Majlis Pelancaran buku “Women Practising Resilience, Self-Care and Wellbeing in Academia” yang diadakan di TEGAS Digital Village turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah. — DayakDaily