Dr Sim: 4 minggu tempoh ‘circuit breaker’ kritikal

Dr Sim

KUCHING, 16 Mei: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian menyifatkan tempoh empat minggu akan datang adalah kritikal bagi semua untuk melihat keberkesanan ‘circuit breaker’ yang dilaksanakan.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Ini adalah supaya kita dapat memutuskan rantaian serta menurunkan jumlah kes-kes jangkitan di Sarawak,” katanya pada hantaran di laman rasmi Facebook beliau.


Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak menyebarkan berita palsu atau maklumat palsu berkenaan dengan vaksin Covid-19.

Katanya, rujuk ke Jabatan Kesihatan Negeri atau JPBNS jika ingin mengetahui maklumat yang tepat berkenaan Covid-19. — DayakDaily