Dinding penahan tebing sungai Kampung Temong Patah siap

Dinding penahan tebing sungai Kampung Temong Patah.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 24 April: Projek bagi membina baharu dinding penahan tebing Sungai Kampung Temong Putah di Tebedu dengan kos RM140,000 kini telah siap sepenuhnya.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), ia bagi menghalang berlakunya hakisan tebing sungai yang berterusan.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM140,000 itu merupakan Projek Mesra Rakyat (PMR) melalui Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Jepun, Korea Selatan dan Taiwan Dato Sri (Dr) Richard Riot Jaem.

Ketua Kaum Robinson Toi memberitahu, projek tersebut telah siap sepenuhnya pada bulan Mac lepas.

Beliau menzahirkan rasa syukur akhirnya projek yang telah dipohon itu telah dapat direalisasikan pada tahun ini. — DayakDaily