Curi Manifold ekzos majikan, tiga lelaki termasuk pembelinya ditahan polis

Salah seorang suspek curi ekzos ditahan polis.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 13 Jan: Susulan kehilangan 15 unit Manifold ekzos bernilai RM12,000 dari sebuah bengkel di Kamlung Katong Lopeng, polis baru-baru ini telah menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia untuk siasatan lanjut.

Dua daripada suspek merupakan penjaga stor bengkel tersebut.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri pada petang Isnin di Jalan Bulatan Piasau Industri Estate sekitar jam 4.45 petang.

Hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek merupakan penjaga stor bengkel milik mangsa dan telah dipertangungjawabkan untuk menjaga Manifold ekzos yang disimpan di dalamnya.

Namun, pada pagi Isnin yang lalu, sekitar jam 10 pagi  ketika mangsa melakukan pemeriksaan ke dalam bengkel terbabit, beliau mendapati 15 unit Manifold ekzos telah hilang dipercayai dicuri.

Mangsa telah memaklumkan kepada pihak polis mengenai kejadian, dan difahamkan  kesemua ekzos yang dicuri itu telah dijual kepada suspek ketiga.

Kesemua suspek berusia sekitar 36 hingga 51 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379(A)(2) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Immigresen 1959/63. — Dayakdaily