Covid-19: 6 kes baharu, 5 individu sembuh dan tiada kematian

Filepix

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 7 JULAI: Kes positif baharu Covid-19 kekal satu angka dengan sebanyak 6 kes dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 4 daripadanya membabitkan kes import manakala 2 lagi adalah kes tempatan.


Katanya, 4 kes import melibatkan warganegara yang balik dari Rusia (2 kes), Singapura dan Indonesia.

“Terdapat 5 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan dibenarkan keluar dari wad sebanyak 8,481 kes atau 97.77 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga jam 12 tengah hari, 7 Julai 2020 terdapat 5 kes baharu yang dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,674 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 72 kes. Mereka diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham, setakat ini, terdapat dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi dan kedua-duanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau memaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

Justeru katanya, jumlah kes kematian di Malaysia kekal 121 kes iaitu bersamaan 1.39 peratus daripada jumah keseluruhan kes.-DayakDaily