Covid-19: 1,683 kes baharu dan 3 kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUCHING, 7 Mac: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,683 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 1,673 kes tempatan dan 10 kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 313,460 kes.

ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 20,333 kes,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 746 kes. Ini diikuti oleh Sarawak dengan 201 kes dan Pulau Pinang dengan 172 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 2,506 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 291,958 kes atau 93.14 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

ā€œSehingga kini, terdapat 174 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 81 kes memerlukan bantuan pernafasan,ā€ katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 1,169 kes.

ā€œKes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua kes di Selangor dan satu kes di Pahang.

ā€œKesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,ā€ ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster berkaitan pusat tahanan dan satu kluster berkaitan komuniti. ā€” DayakDaily