Covid-19: 1,529 kes baharu dan 8 kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Advertisement

KUCHING, 8 Mac: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,529 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 1,520 kes tempatan dan sembilan kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 314,989 kes.

Advertisement

ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 19,778 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 726 kes. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 252 kes dan Johor sebanyak 120 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 2,076 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 294,034 kes atau 93.35 peratus daripadaĀ  jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 160 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 79 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 1,177 kes.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua kes di Sabah, Pulau Pinang dan Johor serta masing-masing satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak.

“Sebanyak tujuh kes melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,”ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat empat kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tiga kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster berkaitan komuniti. ā€” DayakDaily

Advertisement