Bumbung kuarters guru diterbangkan angin di Debak

Keadaan bumbung kuarters yang rosak.
Advertisement

DEBAK, 28 Okt: Sebuah kuarters guru di sebuah sekolah rendah di sini dilaporkan mengalami kerosakkan bumbung akibat angin kencang petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 6.12 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar bumbung kediaman guru terbang ditiup angin.

“Pasukan bomba membuat pemantauan di sekitar rumah dan menutup semua suis elektrik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kesemua penghuni dilaporkan selamat.

“Namun mereka dinasihati supaya bermalam di tempat lain sementara menunggu kerja-kerja pembaikan dilakukan,” katanya.

Setelah selesai pemantauan dan mengambil maklumat kejadian, pasukan Bomba kemudian bertolak balik ke balai. — DayakDaily

Advertisement