Buaya 14 kaki berjaya ditangkap di Sungai Nyabut, Telaga Air

Buaya tersebut berjaya dibawa ke jeti Kampung Nyabut untuk tindakan selanjutnya.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 25 Mei: Satu daripada 17 jerat buaya yang dipasang di sungai kawasan Trombol telah dimakan buaya pada petang tadi.

Sumber memberitahu, buaya sepanjang 14 kaki itu telah berjaya ditangkap dan dibawa ke jeti di Kampung Nyabut untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan pemburu buaya dari Kota Samarahan semalam telah memasang 17 jerat untuk memerangkap buaya yang menyambar seorang kanak-kanak dikenali sebagai Mohammad Adami Moktar, 7 tahun di Sungai Nyabut.


Mangsa ketika itu dikatakan sedang mengambil air bersama nenek dan dua orang kakaknya.

Selain itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa juga dilancarkan dengan turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba), Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan penduduk kampung. — DayakDaily