Bot nelayan tenggelam di Tanjung Po, semua kru dilaporkan selamat

Kru dilaporkan selamat dan dibawa ke jeti di Kampung Geobilt.

KUCHING, 18 April: Sebuah bot nelayan dilaporkan tenggelam bersama empat orang kru di perairan Tanjung Po, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata pihaknya menerima laporan pada jam 12.50 tengah hari menerusi MERS 999.

Katanya, sejurus menerika laporan, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching terus mengaktifkan OP CARILAMAT.


“Aset Maritim Malaysia KILAT 22 telah diatur gerakkan ke lokasi.

“Bagaimanapun kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan dan terus dibawa ke Kampung Geobilt, Kuching,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

OP CARILAMAT bagi bot tenggelam di Tanjung Po telah ditamatkan pada 2.45 petang semalam selepas semua mangsa disahkan selamat.

Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim agar pastikan bot dalam keadaan baik dan batalkan niat ke laut sekiranya cuaca buruk.

“Sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut, utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan dan bawa bersama peranti Personel Located Beacon (PLB) untuk memudahkan pasukan penyelamat terus ke lokasi kecemasan.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544/ 432016 atau MERS 999. — DayakDaily