Dua beradik berjaya selamatkan diri dalam kebakaran rumah di Saratok

Anggota Bomba sedang memadam kebakaran.

SARATOK, 19 April: Sebuah rumah di Taman Muhibah Saratok, di sini dilaporkan musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 4.09 petang.

Katanya, semasa kejadian seorang wanita berusia 22 tahun bersama adik lelaki berusia 11 sahaja berada di rumah dan sempat menyelamatkan diri.


“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah sekitar 70 peratus dan tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi memadam kebakaran tersebut dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.47 petang.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily