BorneoCraft Global Expo & Conference 2024 pada 27 Nov – 1 Dis

Abdul Karim (tengah) mempromosi 'BorneoCraft Global Expo & Conference 2024'.
Advertisement

KUCHING, 6 Ogos: Majlis Kraf Sarawak akan menganjurkan ‘BorneoCraft Global Expo & Conference 2024’ (BCG2024) pada 27 Nov hingga 1 Dis depan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara bakal membawa peserta dari negara Brunei, Kemboja, Filipina, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan lain-lain.

“Sarawak adalah wilayah yang kaya dengan warisan budaya dan kraf tradisional.

Advertisement

“BorneoCraft Global memberi peluang kepada pengiatnya mempamerkan bakat serta kebolehan unik kepada dunia.

“Ia membawa bersama para artis, pengiat kraf, pereka dan usahawan kraf dari Sarawak dan negara luar,” katanya pada sidang media di Kuching hari ini.

Tambah Abdul Karim, BCG2024 akan didakan di Tebingan Kuching selama 5 hari dan ia memberi peluang kepada pengiat kraf tempatan mempamerkan hasil kraf selain berkongsi pengetahuan dan kepakaran.

Antara pengisian program ialah persidangan dan bengkel-bengkel khas untuk para delegasi, cabaran Mastercraft.

Cubaan untuk dimasukan ke dalam Malaysia Book of Records bagi perhimpunan paling ramai pengiat sulaman manik juga akan diadakan.

“Kita menjangkakan seramai 300 delegasi menyertai persidangan BCG2024 dan 500 pempamer.

“Secara keseluruhan kita menjangkakan seramai 5,000 pelawat akan hadir memeriahkan acara,” kata Abdul Karim.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Pengerusi Penganjur BCG2024Datuk Snowdan Lawan. — DayakDaily

Advertisement