Bomba Marudi buat ops sanitasi awam di sekitar Long Lama

anggota Bomba Marudi melakukan operasi sanitasi

MARUDI, 12 Jan: Pasukan bomba dan penyelamat Marudi hari ini membuat operasi sanitasi awam di sekitar Long Lama selepas didapati salah seorang kontak rapat kepada Kluster ‘Bah Sayap’ di Miri telah menghadiri upacara orang meninggal dunia di sini.

Operasi yang diketuai Ketua BBP Marudi, Maureen Sim Ah Lian meliputi sembilan lokasi iaitu lima buah rumah kediaman, dua pejabat, sebuah hotel dan sebuah gereja di sekitar LongLama.

anggota Bomba Marudi melakukan operasi sanitasi

Perjalanan dari Balai Bomba Marudi ke lokasi mengambil masa selama lebih kurang empat jam. — DayakDaily