Bomba bantu hantar PUI dari rumah panjang di Lubok Antu ke pusat kuarantin

PUI yang diambil dari rumah panjang tersebut dan kemudian dihantar ke pusat kuarantin.

Oleh Juetila Ozzy

SRI AMAN,13 Jan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini membantu mengambil lapan individu disyaki (PUI) Covid-19 dari Rumah Panjang Bara, Lubok Antu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sri Aman memohon bantuan pengangkutan untuk mengambil PUI terbabit iaitu sekitar jam 2.30 petang.


Susulan itu, sebuah lori yang dipandu sendiri anggota bomba telah dihantar ke lokasi rumah panjang tersebut.

“Bomba mengambil lapan PUI dari Rumah Panjang Bara, Lubok Antu dan dihantar ke pusat kuarantin Batang Ai, Lubok Antu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.13 malam dan proses sanitasi turut dilakukan ke atas lori yang digunakan. -DayakDaily