Empat bahagian terjejas, mangsa banjir meningkat kepada 1,473 orang

PPS Kampung Lintang Baru yang dibuka hari ini bagi menempatkan 24 keluarga yang terjejas akibat banjir.

KUCHING, 13 Jan: Jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 1,473 orang mangsa berbanding 1085 mangsa setakat jam 11.00 malam semalam

Sekratariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Mejer Ismail Mahedin dari Angkatan Pertahanan Awam berkata, sehingga jam 9.00 pagi tadi sebanyak 21 buah PPS telah dibuka bagi memindahkan mangsa berkenaan.

“Sehingga jam 9.00 pagi tadi, sebanyak 12 PPS dibuka di Kuching, Samarahan, dua PPS dibuka, Serian bertambah kepada lima PPS berabnding satu semalam dan Miri kekal dua PPs yang dibuka pada ketika ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, Kuching merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan seramai 1,179 orang mangsa telah dipindahkan.

Ini diikuti Serian dengan seramai 200 orang mangsa, Samarahan,74 mangsa dan Miri seramai 20 orang mangsa dipindahkan.

“Empat daripada PPS yang dibuka hari ini turut menunjukkan trend peningkatan jumlah mangsa iaitu PPS Dewan Sinar Budi Baru, PPS Dewan Mesra Simunjan, PPS Kampung Lintang Baru dan PPS Kampung Siniawan Jepon di Serian.

“Pertambahan ini disebabkan keadaan hujan yang berterusan sejak petang kelmarin (11Jan) selain fenomena air pasang besar atau ‘king tide’ yang menyebabkan kawasan rendah dan berisiko dilanda banjir di tengelami air,”katanya – DayakDaily