BKSS 9.0: Diskaun 25 dan 30 peratus kadar cukai pintu tahunan serta 50 peratus sewa pasar diteruskan

Abang Johari (tiga dari kanan) pada pengumuman Pakej BKSS 9.0 di Kuching hari ini (29 Ogos 2022).

KUCHING, 29 Ogos: Kerajaan menerusi Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 meneruskan diskaun 25 peratus untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30 peratus untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah mulai Julai hingga Disember 2022.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia melibatkan premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas.

ā€œLangkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 500,000 premis di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


ā€œIni sekaligus meringankan beban rakyat dan peniaga di Sarawak. Keseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM54 juta,ā€ katanya dalam satu sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Menerusi BKSS 9.0 itu juga, diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2022.

Menurut Abang Johari, bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dan gerai di bawah PBT dan badan-badan berkanun.

ā€œKeseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM1.73 juta,ā€ katanya.

Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Pakej BKSS 9.0 yang merangkumi 5 langkah bagi tempoh enam (6) bulan mulai Julai hingga Disember 2022 dengan objektif ā€œMeringankan Beban Kos Sara Hidup Rakyat Akibat Inflasi”.

ā€œSebagai kerajaan yang mendengar dan prihatin terhadap keluhan rakyat, Kerajaan Sarawak telah mengambil keputusan untuk menyambung pemberian bantuan bagi meringankan beban rakyat Sarawak yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup, terutama yang berpendapatan rendah.

ā€˜Justeru itu, saya berharap agar langkah-langkah dalam Pakej BKSS 9.0 yang berjumlah hampir RM1.0 billion ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat Sarawak,ā€ kata Abang Johari. ā€” DayakDaily