Bengkel musnah dalam kebakaran di Serian

Anggota Bomba sedang memadam kebakaran.

SERIAN, 16 Jun: Sebuah bengkel jentera berat di Jalan Kuching-Serian musnah dalam kebakaran petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada kam 4.49 petang dan anggota dari Balai Bomba Serian terus ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan kebakaran menyebabkan bangunan rumah yang dijadikan bengkel telah terbakar sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba Siburan juga hadir di lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.


Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily