Belum ada bantuan makanan ke Kpg Bulau, Kpg Sinuo dan Kpg Muntap masih tengelam

Pemantauan banjir oleh BBP Batu Niah.
Advertisement

BATU NIAH, 12 Okt: Sekurang-kurangnya 150 orang dari Kampung Bulau, di sini yang terjejas akibat banjir masih belum mendapat bantuan makanan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) berkata, perkata tersebut diberitahu oleh ketua kampung berkenaan selepas ditemui pasukan pemantau banjir siang tadi.

Katanya, banjir di kampung tersebut masih tinggi namun ada surut kira-kira sekaki setakat jam 8 malam tadi.

Advertisement

“Kita tidak pasti jumlah sebenar penduduk di kampung tersebut yang terjejas kerana tujuh sahaja yang dipindahkan Bomba, yang lain mereka pindah sendiri.

“Manakala tentang bantuan makanan juga kita kurang pasti kerana itu adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” kata Ketua Balai Bomba Batu Niah Rary Binjie.

Sementara itu, dua lagi kampung yang terjejas iaitu Kampung Sinup dan Kampung Muntap masih lagi ditengelami air.

“Pasukan pemantau tidak dapat masuk ke kampung disebabkan jalan raya masuk ke kampung ditengelami air dan tidak dapat di lalui kenderaan,” katanya.

Dedahnya juga sepanjang rondaan mendapati keadaan air Sungai Bekenu masih tinggi dan melimpah ke tebing. — DayakDaily

Advertisement