Belanjawan 2021: Agensi swasta, NGO diminta menyumbang idea

Kenyataan Kementerian Kewangan yang mempelawa agensi swasta dan NGO menyumbang idea

KUCHING, 18 Mei: Kementerian Kewangan sedang merangka strategi Belanjawan 2021 dan mempelawa agensi swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) menyumbang idea mereka kepada belanjawan terbabit.

“Agensi swasta dan NGO dipelawa untuk menyumbang idea dengan mengemukakan isu dan cadangan selewat-lewatnya pada Jumaat, 22 Mei 2020,”menurut kenyataan kementerian itu di laman facebook hari ini.

Isu dan cadangan terbabit boleh dikemukakan mereka elalui https://budgetmemorandum.treasury.gov.my manakala setakat ini didapati orang ramai juga sudah mula mengemukakan cadangan mereka kepada kementerian itu melalui laman sosial terbabit.


Antara terawal dicadangkan orang ramai ialah kerajaan membangunkan sekolah tingkatan enam atas di Kampung Jerek, Gua Musang di Kelantan dan juga stesen keretapi di kampung terbabit. – DayakDaily