Kementerian Kewangan: Berhati-hati kewujudan laman sesawang mirip laman rasmi BPR

Mesej yang disebarkan bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi orang ramai.

KUCHING, 8 Mei: Orang ramai dinasihati untuk sentiasa berhati-hati ketika memberikan maklumat peribadi mereka khususnya melibatkan urusan berkaitan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara atas talian.

Peringatan itu dimaklum Kementerian Kewangan susulan kementerian itu mengesan kewujudan satu laman sesawang mirip laman sesawang rasmi BPR bagi memperdayakan orang ramai mendedahkan maklumat peribadi mereka.

Katanya, kewujudan laman sesawang terbabit merupakan tindakkan piha tidak bertanggungjawab yang mahu mengambil peluang untuk menipu menipu orang awam yang memerlukan BPR.


“Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

“Hanya ada satu portal rasmi BPR iaitu, https://bpr.hasil.gov.my,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular satu pesanan atau mesej ringkas menerusi laman sosial meminta orang ramai untuk menyemak status pemohonan BRP menerusi satu laman sesawang yang mirip laman sesawang rasmi BPR.

Menurut mesej berkenaan, semakkan boleh dilakukan bermula semalam selain rayauan berkatian pemohonan bantuan BPR boleh dilakukan bermula 15 hingga 30 Mei ini. — DayakDaily