Bekas pekerja ‘naik minyak’, pukul isteri bekas majikan

Suspek (dua dari kiri) ditahan di sebuah di Kampung Lereng Bukit pada Rabu.

MIRI, 10 Jun: Padah menumbuk seorang wanita pada bahagian lengan semalam, polis menahan seorang lelaki warga tempatan untuk siastan lanjut.

Difahamkan, suspek berusia 46 tahun itu tiba-tiba naik berang apabila mangsa memintanya memulangkan beberapa peralatan berkaitan tempat kerja, lalu bertindak menumbuk wanita terbabit.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Lereng Bukit di sini sekitar jam 4.15 petang.


Kurang tiga jam selepas kejadian, suspek ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut, susulan laporan polis yang dibuat mangsa.

Polis turut merampas sebuah batu bata.

Siasatan awal mendapati, suspek merupakan bekas pekerja kepada suami mangsa, dan pada hari kejadian, mangsa bersama seorang lagi kawanya telah pergi ke rumah suspek untuk memintanya mengembalikan beberapa barangan milik bekas majikannya.

Ketua polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. — DayakDaily