Akibat pukul isteri, mengancam dengan pisau, lelaki amuk ditahan polis

Suspek (tiga dari kiri) ditangkap untuk siasatan lanjut.

MIRI, 10 Jun: Perbuatan seorang lelaki warga tempatan menarik rambut dan memukul kepala isterinya dalam satu kejadian amuk di Pujut Tanjong Batu pada Rabu ,membawa padah apabila dia diberkas polis untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 pagi, suspek berusia 27 tahun itu bukan sahaja menarik secara kasar rambut mangsa, malah mengancam isterinya menggunakan pisau.

Siasatan awal mendapati, kejadian berlaki, apabila isterinya enggan memberikannya wang.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, tangkapan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri, kurang dua jam selepas kejadian berlaku.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun keseksaan. — DayakDaily