Bekalan barangan keperluan dijamin semasa perayaan dan tempoh PKPP: KPDNHEP

Pegawai penguatkuasa KPDNHEP di Sarawak menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di seluruh negeri ke atas barangan keperluan.
Advertisement

KUCHING, Julai 30: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak akan memberi tumpuan berterusan dalam memastikan bekalan barangan keperluan dan kepentingan pengguna sentiasa terjamin semasa perayaan Hari Raya Aidiladha dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) ini dilaksanakan.

Menurut kenyataan media KPDNHEP hari ini, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 18, seramai 184 pegawai penguatkuasa di Sarawak telah digerakkan bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di seluruh negeri ke atas barangan keperluan bagi memastikan bekalan mencukupi dan tiada peniaga yang sengaja menaikkan harga atas alasan–alasan tertentu.

Pemantauan dilakukan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961) dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).

Advertisement

Beberapa jenis barangan dan stok yang dipantau oleh kementerian adalah seperti telur ayam dimana terdapat lima ladang utama dengan purata pengeluaran sehari adalah sebanyak 1.85 juta biji dan ayam daging dengan empat ladang utama di seluruh negeri Sarawak dan purata pengeluaran sehari adalah sebanyak 91,000 ekor.

Pemeriksaan dan pemantauan di premis perniagaan akan terus dipertingkatkan sepanjang tempoh pelaksanaan PKPP bagi menentukan bekalan barangan makanan asas mencukupi dan dijual pada harga yang berpatutan terutamanya menjelang musim perayaan Hari Raya Aidiladha ini.

Sementara itu, KPDNHEP Sarawak telah melaksanakan pemeriksaan premis sebanyak 42,887 premis perniagaan meliputi bandar dan luar bandar semenjak Januari 1 sehingga Julai 29.

Pemeriksaan tersebut telah menghasilkan sebanyak 629 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM 3,768,551.27 dan jumlah kompaun sebanyak RM 203,900.00 .

Sepanjang tempoh PKPP ini, bilik gerakan KPDNHEP Sarawak juga di buka dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan boleh dihubungi untuk menyalurkan apa-apa aduan seperti talian di bawah:

PPDNHEP KUCHING – 082-466052

PPDNHEP SRI AMAN – 083-323836

PPDNHEP SARIKEI – 084-657751

PPDNHEP SIBU – 084-335622

PPDNHEP KAPIT – 084-799678

PPDNHEP BINTULU – 086-332176

PPDNHEP MIRI – 085-412862

PPDNHEPLIMBANG – 085-217414

PPDNHEP MUKAH – 084-872726

PPDNHEP LAWAS – 085-283650

Sebarang aduan juga boleh disalurkan melalui talian hotline kementerian di 1-800-886-800 atau Portal e-aduan kpdnhep di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau di talian Whatsapp 019-2794317 atau hadir sendiri di mana-mana pejabat Kementerian yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.—DayakDaily

Pegawai penguatkuasa KPDNHEP di Sarawak menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di seluruh negeri ke atas barangan keperluan.
Advertisement