Bedah perut buaya cari mayat mangsa

Anggota pasukan SAR sedang membelah perut buaya.
Advertisement

SERIAN, Dis 14: Misteri kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Kampung Sebemban, di sini bakal terjawab apabila pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menangkap seekor buaya di sungai tersebut semalam.

Susulan tangkapan itu, pasukan SAR kemudian bertindak membelah perut sang bedal untuk memeriksa sama ada terdapat mayat mangsa atau sebaliknya.

Bagaimanapun, tiada sebarang unsur seperti anggota badan manusia ditemui selepas proses bedah dilakukan.

Advertisement

Setakat ini, mangsa, Ariff Bagoh, 45, yang hilang ketika memancing di sungai tersebut pada minggu lalu belum lagi ditemui. — DayakDaily

Advertisement