Beberapa kawasan di Samarahan, Kuching dan Lundu dilanda banjir kilat

Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang ketika memantau situasi banjir di Jalan Penrissen. Foto ihsan Lo Khere Chiang

KUCHING, 19 Feb: Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Samarahan, Kuching dan Lundu dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas adalah kawasan yang di kenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) di Taman Univista, pusat komersial taman Unigarden di Samarahan, Pusat Kormersial Taman Hui Sing, Jalan Penrissen, Kampung Sinar Budi serta Jalan Dato Mohd Musa, Stakan di sini.

Anggota Bomba dan Penyelamat Samarahan membantu memindahkan mangsa banjir di Taman Muara Tuang Park- Foto JBPM Samarahan.

Di Samarahan, banjir kilat yang melanda turut mengakibat laluan jalan utama dekat bulatan Jalan Dato Mohd Musa dinaiki air sekaligus mengakibatkan berlaku kesesakan lalulintas awal pagi tadi.


Sebatang jalan di daerah Lundu yang terputus akibat tanah mendap.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Samarahan, Ebby Hirwandi Sarbini memaklumkan pihaknya turut membantu memindahkan beberapa penduduk di Taman Muara Tuang Park selepas bebrapa kediaman di kawasan berkenai dinaiki air banjir kilat.

Dalam pada itu, di Lundu, Pusat Gerakkan Operasi Bomba dan Penyelamat memberitahu  satu laluan utama di daerah tersebut terputus selepas berlaku tanah mendap.

Pekan Lundu dilanda bajir kilat susulan hujan sejak petang semalam (18 Feb, 2021).

Katanya, pemantaun terus dilakukan di kawasan terbabit bagi memastikan keselamatan di kawasan terbabit.

Sekretariat Jawatankuasa pengurusan bencana Negeri, Mejer (PA) Ismail Mahedin ketika dihubungi berkata, sehingga kini tiada pusat pemindahan sementara bagi  mangsa banjir dibuka.

 

Keadaan kawasan Pusat Kormersial Taman Unigarden, Samarahan yang ditengelaman air akibat banjir kilat yang melanda di kawasan tersebut.

Bagaimanapun ujar beliau, pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dari semasa ke semasa dan akan memindahkan mangsa yang terjejas jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian. — DayakDaily