Bau busuk bawa penemuan mayat mereput di bilik sewa di Piasau

Mayat telah dibawa ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 5 Mac: Mayat seorang lelaki, dipercayai warga tempatan, ditemukan dalam keadaan membusuk di dalam sebuah bilik sewaannya di tingkat atas sebuah bangunan di Piasau petang Jumaat.

Penemuan mayat dibuat sekitar jam 5.30 petang semalam, apabila beberapa penyewa bilik termasuk pemilik bangunan menghidu bau busuk.


Sebaik sahaja penemuan dibuat, pihak polis telah segera dimaklumkan.

“Mereka telah melakukan pencarian sumber bau busuk tersebut dan ternyata ia datang dari bilik sewa si mati,” ujar Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari.

Mayat lelaki dianggarkan berusia 42 tahun itu dipercayai telah meninggal dunia kurang 48 jam.

Mayat telah dibawa ke Hospital Miri untik proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujar Hakemal. — DayakDaily