Batang besi bernilai RM2,000 berjaya ditemui selepas polis tahan lelaki disyaki pencuri

Suspek (tiga dari kanan) ditahan untuk membantu siasatan.

MIRI, 17 April: Sebanyak 14 batang besi bernilai RM2,000 yang dilaporkan hilang disyaki dicuri pada Jumaat dari sebuah rumah di Kampung Lusut, ditemui semula kurang 24 jam selepas ia dilaporkan hilang.

Penemuan itu dibuat susulan penahanan seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun di sebuah runah di Lorong Jati 2F, Desa Senadin.

14 batang besi yang dilaporkaj hilang berjaya ditemui susulan penahanan suspek.

14 batang besi tersebut telah dilaporkan hilang dari sebuah rumah milik pesara jururawat yang sedang dalam proses pembinaan.


Kehilangan tersebut disedari saudara mangsa.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.