Bas ekspres terbakar di Saratok

Anggota Bomba berusaha memadam kebakaran.
Advertisement

SARATOK, 22 Jun: Sebuah bas ekspres dilaporkan terbakar di Jalan Saratok-Pusa iaitu berhampiran Simpang Bajau pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata laporan berhubung kejadian diterima pada jam 9.34 pagi.

Katanya, beberapa anggota dari Balai Bomba Saratok diketuai Ketua Balai Nazry Mohamat terus ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Pasukan bomba setiba di lokasi kejadian terus bertindak memadam kebakaran mengunakan dua aliran dan sumber air dari jentera.

“Kebakaran berjaya dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.32 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, semasa kejadian bas tersebut tidak membawa penumpang dan dalam perjalanan dari Sibu ke Kuching.

“Pamandu mulanya terhidu bau asap lalu memberhentikan bas tersebut di bahu jalan dan mendapati berlaku kebakaran di bahagian belakang berhampiran tayar kanan.

“Dia cuba memadamkan kebakaran mengunakan pemadam api 9 KG, namun tidak berjaya dan seterusnya menghubungi Bomba,” katanya.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily

Advertisement