Baru antara pemilik tanah yang mendapat manfaat daripada initiatif Kerajaan Sarawak

Uggah berucap dalam Majlis Pelancaran Pengukuran Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak di sebuah hotel di Miri hari ini (26 Ogos, 2020).

MIRI, August 26: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mendedahkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Ba Kelalan (ADUN) Baru Bian adalah antara pemilik tanah yang mendapat manfaat daripada initiatif Kerajaan Sarawak yang telah diberi hakmilik inidividu dibawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak.

“Saya ingin mendedahkan sesuatu yang amat menarik disini. Blok Trusan Land District Lot 347, 483, 502 dan 643 telah berjaya digazet dibawah Seksyen 6 se-awal tahun 2011 dan akhirnya diberi surat hakmilik dibawah Seksyen 18 setelah pemilik-pemilik tanah tersebut membuat permohonan.

“Semasa mengkaji initiaf baru ini, kami mendapati bahawa tanah-tanah tersebut yang telah berjaya disukat dibawah Seksyen 6 dan kemudian diberi hakmilik inidividu dibawah Seksyen 18 adalah dimiliki oleh pemilik-pemilik tanah termasuk YB Ba kelalan. Di antara pemilik-pemilik tanah lot-lot tersebut adalah dibawah nama YB Baru Bian serta ahli keluarga nya.

“Oleh itu, saya hairan, kenapa beliau, walaupun sangat vokal, bising sana sini cakap Seksyen 6 ini tidak baik dan bermacam-macam tuduhan – dalam diam, dia dan ahli keluarganya menerima kaedah ini untuk menyukat tanah NCR mereka,” kata Uggah dalam Majlis Pelancaran Pengukuran Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak di sebuah hotel di sini hari ini.

Justeru beliau mengucapkan taniah kepada Baru sekeluarga kerana berjaya menjadi pemilik sah tanah-tanah tersebut dengan cara initiatif baru ini.

“Dengan ini, saya berharap agar beliau (Baru) juga tidak menghalang pemilik tanah NCR yang lain untuk melakukan perkara yang sama, dan mendapat faedah Inisiatif Baru Penyukatan Tanah NCR,” tambah Uggah.

Dalam pada itu, Uggah yang juga merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah menjelaskan bahawa ini adalh pertama kali diadakan khususnya melibatkan masyarakat Kelabit di Kawasan Sungai Ukat, Bario, Miri, yang melibatkan 14 buah kampung di Kawasan Sg. Ukat, Bario.

14 buah kampung kaum Kelabit tersebut terdiri daripada: Arur Dalam Kubaan, Arur Layur, Bario Asal, Pa Ramapoh, Buad Main Atas, Buad Main Baruh, Ulung Palang, Padang Pasir, Bario Baru, Pa Ukat, Pa Umor, Pa Derung, Pa Lungan dan Pa Tik Asal Kubaan.

“Ini membukti bahawa tuduhan pihak yang tidak bertanggung jawab bahawa tanah dibawah Seksyen 6 di Bario menjadi tanah kerajaan adalah tidak betul. Inisiatif baru ini juga dijalankan dikawasan lain, bukan sahaja di Bario,” kata Uggah.

Uggah berkata, setakat ini, sebanyak 2.3 juta ekar tanah telahpun diukur parameter dan 1.86 juta ekar telah diwarta, manakala sebanyak 106,161 ekar lot individu dibawah Seksyen 18 telah di sukat.

“Bagi pihak rakyat bumiputra, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kelulusan peruntukan RM40 juta oleh YAB Datuk Patinggi untuk pengukuran tanah dibawah inisiatif baru ini.

“Untuk Tahun 2020, fokus adalah untuk pengukuran lot individu dibawah Seksyen 18 atas tanah yang telah diukur perimeter dibawah Seksyen 6.

“Tanah NCR Seksyen 6 adalah tetap tanah NCR. Ia tidak ditukar kepada tanah Kerajaan Negeri atau Stateland.

Hari ini Kerajaan GPS membuktikan kepada penduduk di Bario bahawa tanah NCR dibawah Seksyen 6 adalah masih dipunyai mereka. Ia akan di ukur kepada lot individu di bawah Seksyen 18. Tanah kamu tidak hilang,” tambah Uggah.

Sementara itu, Uggah berkata kawasan pendalaman lain juga telahpun di mulakan survei di bawah Seksyen 6, seperti di Bahagian Miri termasuk di Kemena yang melibatkan tiga buah projek; Samalaju (5 projek); Bekenu (6 projek), DUN Lambir (3 projek) DUN Marudi (3 projek); DUN Telang Usan (2 projek) dan DUN Mulu (1 projek)
7. N.78 Mulu (1 projek).

“Ini adalah bukti bahawa tanah-tanah ini (bawah Seksyen 6) bukan tanah Kerajaan negeri atau Stateland, seperti yang dituduh oleh pihak pembangkang. Jangan percaya pembohongan mereka,” jelas Uggah. — DayakDaily