Banjir di Long Sobeng pulih sepenuhnya

Kelihatan kawasan di Long Sobeng selepas dilanda banjir.

Oleh Dean Adam

MIRI, Jun 8: Selepas dilanda banjir sejak empat hari lalu, keadaan di Long Sobeng kini pulih sepenuhnya hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihak bomba menerima maklumat mengenai situasi terkini di Long Sobeng kira-kira pukul 12 tengah hari.


“Semua penduduk yang terjejas kini kembali dengan rutin seharian mereka,” katanya di sini hari ini.

Kelihatan kawasan di Long Sobeng selepas dilanda banjir.
Keadaan banjir beransur pulih.

Sebelum ini, DayakDaily melaporkan hujan lebat yang berterusan sejak semalam telah mengakibatkan kawasan penempatan di Long Sobeng dinaiki air banjir.

Berdasarkan maklumat yang diterima, tren air semakin meningkat naik disebabkan kawasan di Ulu Tinjar masih mengalami hujan yang berterusan.

Antara kawasan sekolah yang terjejas ialah tingkat bawah blok akademik, dewan makan dan bahagian dapur.

Bagaimanapun, tiada sebarang operasi pemindahan mangsa dilakukan. — DayakDaily