KUCHING, 22 Feb: Badan Beruniform Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) digesa memastikan tradisi dan legasi terdahulu dapat dikekalkan dan diteruskan sepanjang tahun ini.
Timbalan Menteri Utiliti Dan Komunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, badan beruniform harus lebih peka dengan keadaan persekitaran.
Katanya, mereka hendakla sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat semua warga kota Kuching.
“Anggaplah tugas ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan dengan semangat yang tinggi,” katanya di Majlis Perbarisan Badan Beruniform DBKU di sini, hari ini.
Hasilnya nanti tambah Dr Abdul Rahman, warga kota akan menunjukkan kepercayaan yang tinggi dan bergantung harap terhadap keupayaan DBKU.
Ujarnya, mereka yakin bahawa khidmat yang diberikan oleh DBKU bukan sahaja berkesan, malah ianya lebih dari itu.
Hadir sama Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan dan Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang. — DayakDaily