Ayam tua atau makanan Dayak, kunjungilah Pasar Minggu Kota Padawan

Ayam tua dan buluh pansuh di Pasar Minggu Kota Padawan.
Advertisement

KUCHING, 4 OGOS: Pasar Minggu Kota Padawan semestinya menjadi pilihan bagi penduduk sekitarnya untuk mencari lauk sebagai hidangan sekeluarga.

Bagi penggemar masakan pansuh, ayam tua segar dijual oleh beberapa peniaga di pasar tersebut.

Seekor ayam tua atau juga dikenali sebagai ayam pencen yang sudah diproses, dipotong dijual dengan harga RM18.

Advertisement

Manakala organ dalaman seperti perut, lintan, hati, telur yang sudah diasingkan juga dijual sekitar RM10-RM15.

Buluh pansuh juga boleh didapati dengan mudah di Pasar Minggu Kota Padawan dimana ia dijual sekitar RM3, RM4 dan RM5 mengikut saiz.

Pelbagai lauk Dayak menanti pembeli.

Bukan itu sahaja, hasil hutan seperti tepus yang memberi haruman kepada masakan pansuh juga ada dijual.

Antara makanan Dayak lain yang dijual ialah rebung, kepayang, siput sedut, lokan, sayur nangka, kechala, daun ubi termasuk yang sudah ditumbuk dan daun bungkang.

Selain itu, tinjauan DayakDaily juga mendapati ada peniaga yang menjual hasil kraf tangan senduk, ‘sengkalan’ dan lesung kayu.

Kedua-dua ‘sengkalan’ dan lesung kayu ini diperbuat dari kayu meranti dan belian dan ia dijual dari harga RM18 ke atas. — DayakDaily

Peniaga bersama hasil kraf tangan senduk, sengkalan dan lesung kayu.
Advertisement