Asadia anjur kelas membuat sugu tinggi di Rh Duat, Ng Melupa

Penduduk Rumah Duat, Nanga Asam di Melupa mengikuti kelas menghasilkan sugu tinggi, tangu dan bungai jarau. Foto: Asadia

KUCHING, 12 Feb: Akademi Serakup Dayak Iban Sarawak (Asadia) pada 10–11 Februari lepas telah menganjurkan kelas menghasilkan sugu tinggi di Rumah Duat, Nanga Asam di Melupa, Saratok.

Kelas tersebut diharap dapat dimanfaatkan oleh peserta khususnya penduduk rumah panjang tersebut.

Ia diyakini boleh membawa pendapatan sampingan bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

Selain menghasilkan Sugu Tinggi, peserta juga diajar kemahiran lain seperti menghasilkan tangu atau marik empang, menusuk kain buri dan menghasilkan bungai jarau. — DayakDaily