Antara mistik, fakta dan sejarah Taman Tasik Bukit Mas Limbang

Taman Tasik Bukit Mas Limbang.
Advertisement

LIMBANG, 28 Mac: Taman Tasik Bukit Mas Limbang merupakan satu kawasan tarikan pelancong di bahagian tersebut.

Ia juga menyediakan kemudahan kepada penduduk untuk melakukan aktiviti rekreasi, riadah dan bersukan.

Selain itu, Bukit Mas yang berhadapan dengan Sungai Limbang juga adalah satu kawasan strategik.

Advertisement

Menurut seorang penduduk Limbang, Chua, 71, dari satu sudut pandangan dari atas bukit tersebut, seseorang boleh melihat Bandar Seri Begawan.

Bekas rumah kerajaan ‘Residen” di Bukit Mas.

“Manakala dari satu sudut pandangan lain, akan kelihatan Jambatan Temburong.

“Dan jika anda bernasib baik, jika cuaca baik pada jam 5.30 pagi, anda boleh melihat Gunung Kinabalu dari satu lagi sudut pandangan,” kata Chua ketika ditemui di Limbang pada Ahad lepas.

Menurut beliau, jarak Gunung Kinabalu ke Limbang (pandangan lurus) adalah 270 kilometer, manakala Bandar Sri Begawan 17 kilometer.

Dalam pada itu, Chua juga memaklumkan bahawa di Bukit Mas juga terletaknya rumah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang lahir di Limbang.

Katanya, pada masa itu, bapa kepada Abang Johari bertugas sebagai “Native Officer’ di Limbang.

Kini rumah tersebut telah diroboh dan dibangunkan semula menjadi muzeum.

Kawasan rumah Abang Johari ketika di Limbang kini dibangunkan sebagai muzeum Limbang.

Chua juga menceritakan bagaimana Bukit Mas memiliki kisah mistik.

Katanya, ia sudah lama berlaku dimana pernah kelihatan kelibat orang berbaju putih di kawasan sekitar bukit.

“Namun ia tidak mengganggu sesiapa, tapi beberapa orang mengaku pernah melihatnya.

“Pernah satu ketika cucu saya yang sedang berlari di Bukit Mas ternampak orang baju putih ini.

“Cucu saya terus balik dan menceritakan insiden tersebut kepada ibunya,” ujarnya.

Menurut Chua lagi, sebelum tasik tersebut diwarta sebagai kawasan rekreasi, seorang wanita mengandung telah membunuh diri di Bukit Mas.

Namun katanya, kini orang baju putih ini sudah tidak kelihatan lagi. — DayakDaily

Advertisement