Anak austime hilang sejak Ahad, ditemui mati sangkut di jaring nelayan

Mayat mangsa dibawa ke darat untuk pengesahan oleh keluarga.

KUCHING, 30 Nov: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu telah ditemui mati, tersangkut di jaring nelayan pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa iaitu seorang kanak-kanak austime, Muhd Ramadhna Muhd Ridhwan, 8 tahun, dilaporkan ditemui pada jam 7.20 pagi hari ini.

Katanya, lokasi penemuan adalah kira-kira 5 kilometer berdekatan kawasan Paragon.


“Mayat mangsa telah dibawa ke Pos Kawalan Bomba dsn disahkan oleh ivh dan bapa mangsa.

“Mayat mamgsa kemudian diserahkan kepada pihak polis yang turut berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa dilaporkan hilang sejak Ahad, sewaktu mangsa tinggal bersama emak saudaranya sementara bapanya keluar berniaga.

“Mangsa dilaporkan keluar dari rumah ketika ibu saudaranya sedang mandi sekitar jam 2 hingga 3 petang dan cuaca ketika itu adalah hujan lebat,” katanya.

Operasi SAR terus dilancarkan sebaik sahaja laporan diterima pada jam 7 malam dan hari ini ditamatkan pada jam 9.12 pagi. — DayakDaily