Amazing Race Sarawakku Sayang 2022 galak penjawat awam wanita beriadah

Abu Bakar (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta. Foto: UKAS

KUCHING, 13 Ogos: Pertandingan Amazing Race Sarawakku Sayang 2022 anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita menyaksikan penyertaan seramai 250 orang penjawat awam wanita.

Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Maksak Sarawak Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki di lokasi bermulanya pertandingan iaitu di Perkarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini hari ini.

Program ini merupakan aktiviti sukan dan sosial untuk menggalakkan penjawat awam wanita beriadah yang melibatkan sebanyak 50 pasukan dengan setiap pasukan diwakili oleh lima orang peserta.


Difahamkan, penganjuran Amazing Race Sarawakku Sayang ini merupakan aktiviti tahunan MAKSAK Wanita Negeri Sarawak sejak tahun 2012. — DayakDaily