Allahyarham Tun Salahuddin seorang pemimpin mesra rakyat

A file photo of Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Source: Local Government and Housing Minister Dato Sri Dr Sim Kui Hian's Facebook post on Jan 29, 2022.

KUCHING, 29 Jan: Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof menyifatkan Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebagai seorang pemimpin yang mesra rakyat.

Katanya, Allahyarham Tun Salahuddin telah lama berkhidmat untuk Sarawak dan sentiasa memberi perhatian kepada rakyat.

ā€œSaya sedih sebab beliau seorang pemimpin yang telah lama berkhidmat di Sarawak dan seorang pemimpin yang begitu mesra rakyat.


ā€œSaya mengenali Allahyarham secara pribadi dan beliau begitu merendah diri dan mudah didekati.

ā€œSebab itu saya merasa kehilangan seorang pemimpin yang begitu berjasa kepada rakyat,ā€ katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2022 di Dewan SUPP Matang di sini, hari ini.

Tun Salahuddin, 100, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Normah di sini pada Jumaat jam 11.42 malam.

Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang hari ini.

Allahyarham dilahirkan pada 27 Ogos 1921 di Kampung Nangka, Sibu dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula ke jawatan itu pada 2001 hingga 2014. ā€” DayakDaily