Alat ganti jentera berat bernilai RM6,000, hilang ‘dicabut’ ‘toyol’, berjaya ditemui kurang 10 jam selepas laporan polis dibuat

Suspek (tiga dari kanan) dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut. Turut ditemui sebuah tongkat hidrolik silinder jentera berat yang dilaporkan hilang pada Jumaat.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 18 Sept : Kurang 10 jam selepas sebuah alat ganti jentera berat bernilai RM6,000 dilaporkan hilang dari kawasan pembinaan di Lutong pada petang Jumaat, polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan untuk membantu siasatan.

Suspek yang berusia 23 tahun itu pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan kawasan pembinaan tersebut telah ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri sekitar jam 6.40 petang, berdekatan dengan Kampung Pasir Lutong.


Difahamkan, selepas kejadian, suspek telah tidak datang ke kawasan pembinaan tersebut untuk bekerja.

Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seskeyn 148 Kanun Keseksaan itu, kemudiannya telah memandu arah anggota JSJ IPD Miri ke sebuah rumah di Bandar Baru Permyjaya Tudan dan menemukan alatan jentera berat tersebut yang telah dilaporkan hilang disyaki dicuri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan. – DayakDaily.