Aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Seremban tumpas

Pegawai KPDNHEP memeriksa peralatan yang digunakan bagi aktiviti penyelewangan minyak diesel bersubsidi di Seremban.
Advertisement

KUCHING, 16 Nov: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 10 November lepas berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Seremban.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, pihaknya telah merampas minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 40,000 liter, kenderaan lori dan mesin compressor.

Katanya, keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM323,000.

Advertisement

“Satu serbuan dilakukan ke atas sebuah premis yang disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sebuah kawasan perindustrian di Seremban.

“Ketika serbuan, tiga orang lelaki warga tempatan yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit sedang melakukan kerja-kerja pemindahan minyak diesel daripada tangki simpanan ke sebuah lori tanker,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Azman, minyak diesel, dokumen-dokumen perniagaan dan peralatan peralatan yang ditemui telah disita bagi tujuan siasatan lanjut.

Manakala, ketiga-tiga lelaki warga tempatan tersebut juga telah ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini akan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961. — DayakDaily

Advertisement