Aktiviti ibadah Qurban di seluruh negeri tahun ini tidak dibenarkan

Dr Abdul Rahman (dua dari kanan) pada sidang media di Kuching

KUCHING, 16 Jun: Majlis Islam Sarawak (MAIS) memutuskan pelaksanaan ibadah Qurban bagi tahun 2021 hendaklah ditangguhkan.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, hal ini berdasarkan keputusan Lembaga Fatwa Negeri Sarawak yang bersidang pada semalam.

Katanya, persidangan menetapkan penjagaan nyawa diutamakan dan mengelak kemudaratan kesan daripada pandemik Covid-19 yang masih kritikal di Sarawak.


ā€œKeputusan ini merangkumi seluruh Sarawak dan tidak membenarkan aktiviti ibadah korban di semua tempat, termasuk aktiviti yang dianjurkan individu atau keluarga

ā€œIni juga membawa maksud tidak dibenarkan melakukan penyembelihan korban dan sebagainya di semua tempat termasuk di masjid dan di surau di seluruh negeri.

ā€œMajlis Islam Sarawak ambil pendekatan supaya arahan ini dipatuhi demi mengekang penularan wabak Covid-19,ā€ katanya pada sidang media hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua MAIS Datu Misnu Taha. ā€” DayakDaily