This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 12 Ogos: Pusat Khidmat N6 Tupong setakat Julai tahun ini telah mengagihkan geran dengan jumlah keseluruhan RM1.4 juta.
Adunnya Fazzrudin Abdul Rahman berkata, geran-geran tersebut diagihkan kepada persatuan, pertubuhan bukan kerajaan, surau, masjid, gerija serta sekolah.
“Program penyampaian geran kita telah mulakan dari awal tahun lagi.
“Dan setakat hari ini jumlah yang telah kita keluarkan ialah RM1.4 juta,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Geran Tahun 2023 di Dewan Serbaguna Kampung Pinang Jawa di sini, hari ini.
Pada Majlis tersebut sejumlah 60 penerima yang mewakili persatuan, pertubuhan, masjid, gereja dan sekolah hadir menerima geran masing-masing.
Menurut Fazzrudin, program pengagihan geran telah bermula beberapa siri tahun ini. — DayakDaily