Adik mati dipercayai tertembak oleh abang di Stenggang, Bau

Anggota bomba berusaha membawa mayat mangsa keluar dari dalam hutan.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Nota pengarang: Berita telah dikemaskini and mengandungi perubahan dari versi sebelumnya.

BAU,11 April: Seorang adik ditemui mati, dipercayai akibat tertembak adiknya sendiri ketika sedang berburu di Kampung Stenggang, di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (Bomba) Bau Tawang Lingem berkata pihaknya menerima laporan memohon bantuan mengangkat mayat mangsa dari dalam hutan pada jam 11.47 malam.


Katanya, beliau bersama beberapa anggota terus ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1.20 pagi.

“Bomba bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung terus membawa mangsa keluar dari hutan dengan menggunakan ‘bucket stretcher’.

“Setelah sampai di kampung, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa berusia 55 tahun.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.48 pagi dan anggota Bomba kemudian berangkat balik. — DayakDaily