9 sekolah di Baram ikuti silibus Akademi Khan

Abang Johari Tun Openg
Advertisement

KUCHING, 30 Sept: Sembilan sekolah menengah di Baram dipilih mengikuti projek tuisyen atas talian menggunakan silibus Akademi Khan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan Negeri memperuntukan RM1 juta setahun bagi menjayakan projek.

Menurut Abang Johari, Akademi Khan berpengkalan di Silicon Valley dan ia menggunakan teknologi terkini melalui satelit, Starlink.

Advertisement

“Starlink asalnya merupakan teknologi yang digunakan Elon Musk.

“Elon Musk juga di Silikon Valley, maka semua individu berteknologi tinggi berhubung, maksudnya Marudi, Baram dihubungkan ke Silicon Valley.

“Maknanya kita (Sarawak) dihubungkan dengan mereka (Silikon Valley),” kata Abang Johari di Majlis Pecah Tanah Hotel Marudi hari ini.

Bagi kepentingan pendidikan anak Baram tambah beliau, kerajaan bersedia memperuntukan RM1 juta setiap tahun.

Katanya, Sarawak memerlukan Starlink, infrastruktur dan tutor setiap tahun.

“Kita cuba dalam tempoh 5 tahun ini bagi sembilan sekolah yang dipilih.

“Ini disebabkan anak-anak luar bandar harus boleh menguasai Sains, Teknologi, English dan Matematik (STEM),” kata Abang Johari. — DayakDaily

Advertisement