KUCHING, Jan 10: Pertandingan ratu cantik Miss 1Borneo Beautiful 2018 akan menyaksikan seramai 18 gadis dari Sarawak dan Sabah berjaya menjadi peserta akhir pertandingan tersebut di bandaraya ini.
Seramai sembilan gadis terbabit dari Sarawak iaitu Niafirra Riti Spencer, 24 yang berbangsa kaum Iban dari Betong, Suziana Dami, 21 (Bidayuh, Kuching), Racheal Chia Po Lin, 18 (Cina/Melanau, Miri), Doris Chong Liong Lin, 21 (Cina, Kuching), Cindy Chan Nyet Joo, 20 (Cina, Kuching), Viviana Lin Winston, 18 (Iban, Sri Aman), Vivian Tai Yi Ling, 20 (Cina, Miri), Emelly Richard, 20 (Cina/Iban, Miri) dan Anisa Helda Karlo, 24 (Bidayuh, Kuching).
Manakala seramai sembilan gadis terbabit dari Sabah iaitu, Prescilla Ah Soon, 25 (Sinokadazan, Kota Kinabalu), Alison Wong See Yii, 19 (SinoKadazan, Kota Kinabalu), Charlatte Suea Aan Jinus, 20 (Dusun, Kota Belud), Linda Kong Shau Wah, 20 (Sino Rungus, Kota Kinabalu), Jane Diana Jambrih, 22 (Kadazan, Kota Kinabalu), Camelia Allysa, 20 (SinoKadazan, Kota Kinabalu), Meuruellyn Rachell Robert, 21 (Kadazan, Tambunan), Clarissa Jane Ahap Fred Michael, 20 (Kadazan, Papar) dan Betsy J. Sikuil, 23 (Kadazan, Papar).
Penganjur Miss 1Borneo Beautiful 2018, Aleric Soh berkata mereka akan merebut gelaran ratu cantik itu pada pertandingan akhir yang akan diadakan di Riverside Majestic Hotel Kuching pada Jan 13 depan mulai 7 petang dengan juara akan menerima RM5,000 manakala tempat kedua akan menerima RM2,000 dan tempat ketiga akan menerima RM1,000.
“Seramai lima pemenang lima tempat teratas juga akan ditawarkan mengikuti Kursus Solekan Profesional di Image, Personality & Beauty Academy dan Kursus Cabin Crew di Cabin Crew Grooming Academy yang setiap satu bernilai RM10,000,” katanya.
Kesemua 18 gadis terbabit juga akan merebut gelaran sampingan pertandingan tersebut iaitu Best Evening Gown yang disertai hadiah RM500, Miss Talent (RM300), Miss Friendship (RM300), Miss Photogenic (RM300) dan Miss Beautiful Body (RM300).
Soh berkata pertandingan ratu cantik tahun ini juga disertakan pertandingan rekaan fesyen Best Designer Fashion Award 2018 dengan keseluruhannya seramai 19 pereka fesyen dari Sarawak dan Sabah menyertainya dan akan mempamerkan sebanyak 54 helai pakaian kebangsaan, 18 pakaian resort dan 18 pakaian ‘evening gown’ di pusingan akhir.
Beliau berkata pertandingan itu dimulakannya sejak 2009 dan setiap tahun pertandingan berjaya mendapat sambutan dari kalangan gadis dari Sarawak. Tahun ini pertandingan itu mula membabitkan penyertaan kalangan gadis dari Sabah. — DayakDaily