8 wanita warga asing dipercayai mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan

Kesemua lapan mangsa tiba di Balai Polis Miri malam Sabtu selepas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri menyerbu sebuah rumah di Jalan Taman Da Sing 7, Miri.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 15 Nov:  Polis Miri menyelamatkan lapan wanita pekerja pembersihan warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Taman Da Sing 7, malam tadi.

Dalam serbuan jam 9.30 malam itu, kesemua mangsa berusia dari 30 sehingga 58 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci mendedahkan diarahkan bekerja di rumah pelanggan majikan secara harian sejak lima tahun lalu tanpa dibayar satu sen.

Advertisement

Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) susulan maklumat orang awam dan risikan.

Siasatan awal mendapati majikan mangsa menjalankan perkhidmatan mencuci dari rumah ke rumah.

Kesemua mangsa akan dikerah bekerja dan tidak dibenarkan bergerak ke mana-mana, ujar Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah ketika dihubungi.

“Kesemua mangsa tidak mempunyai dokumen atau permit kerja yang sah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. — DayakDaily

Advertisement