Penombak sawit warga Indonesia maut motosikal langgar besi penghadang masuk ladang

Motosikal mangsa di lokasi kejadian.

MIRI, 27 Sept: Seorang pekerja ladang sawit warga Indonesia maut akibat kecederaan parah pada badan selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh besi penghadang masuk ke sebuah ladang di Logam Bunut, Miri, petang Sabtu (25 Sept).

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, mangsa, dikenal pasti sebagai Ahmad Yani Jumaleng, 43, yang bekerja sebagai penombak sawit, dilaporkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 6.30 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai disebabkan kecuaian penunggang motosikal Yamaha Lagenda tersebut yang datang dari arah Ladang Logan Bunut menuju ke arah kuarters pekerja Ladang Logan Bunut, sampai di tempat kejadian dan tidak perasaan bahawa penghalang (gate barrier) menghala ke kuarters telah ditutup lalu telah melanggar penghalang tersebut.

“Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Klinik Kesihatan Long Lama.

Mayat mangsa telah dihantar ke Bilik Mayat Hospital Miri untuk dibedah siasat.

Kes di siasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes masih dalam siasatan. – DayakDaily