KUCHING, 20 Sept: Lapan lokaliti yang semuanya melibatkan rumah panjang hari ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, ia melibatkan daerah Sri Aman, Subis, Saratok, Betong dan Kanowit.
“Di Sri Aman, PKPD dikenakan di 3 lokaliti iaitu di Rh Kawie di Pantu mulai 19 hingga 28 September dan Rh Mengga serta Rh Kedeni di Batu Besai mulai 20 hingga 29 September.
“Di Subis, PKPD melibatkan Rh Akit Anggat di Niah mulai 20 hingga 30 September,” katanya.
Manakala di Saratok, tambah JPBNS, PKPD melibatkan 2 lokaliti iaitu Rh Jaya di Kabo dan Rh Tatoi@Katoi di Krangan mulai 21 September 2021 hingga 1 Oktober 2021.
Dua lokaliti lain melibatkan Rh Ajil di Betong mulai 21 September 2021 hingga 1 Oktober 2021 dan Rh Ai di Nanga Sesamak di Kanowit mulai 22 September 2021 hingga 1 Oktober 2021.
Mengulas lanjut, JPBNS berkata 2 lokaliti dikenakan pelanjutan PKPD mulai 21 September 2021 hingga 1 Oktober 2021.
Katanya, ia melibatkan Rh Gara di Belassau di Debak Dan Rh Lawrence di Luban Ulu di Betong. — DayakDaily