5,320 sembuh, 25 kematian dilaporkan hari ini

Dr Noor Hisham Filepix

PUTRAJAYA, 18 Feb: Jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 terus merekodkan angka melebihi 5,000 kes dengan 5,320 kes dilaporkan bebas daripada jangkitan wabak itu pada hari ini

Jumlah itu menjadikan kumulatif kess embuh daripada jangkitan berkenaan meningkat kepada 235,082 sehingga hari ini (18 Feb) atau 85.5 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes jangkitan baharu masih kekal pada empat angka dengan 2,712 kes positif jangkitan dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak berkenaan berada pada angka 274,875 kes.


“Daripada jumlah tersebut, empat kes dikesan mendapat jangkitan diluar negara manakala 2,708 kes lagi merupakan kes jangkitan tempatan.

” Sehingga kini, sebanyak 38,783 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dikesan bersamaan 20.3 peratus bdaripada keseluruhan kes yang dilaporkan,”katanya menerusi kenyataan harian Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, setakat jam 12 tengahari tadi, sebanyak 25 kes kematian berkaitan jangkitan wabak berkenaan dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian direkodkan di negara ini terus meningkat kepada 1,030 kematian sehingga kini

Katanya, sehingga kini, seramai 227 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 103 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

” Pada hari ini juga, selangor kekal merekodkan jumlah kes postif tertinggi dengan 1,013 kes di ikuti johor, ( 426 kes) Kuala lumpur (212 kes), Sarawak (200 kes), Perak (198 kes), Kedah (182 kes), Pulau pinang (116 kes) dan Sabah (114 kes).

“Hanya Perlis, Putrajaya dan Labuan melaporkan angka satu digit kes positif Covid-19 hari ini manakala negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan dua digit kes positif,” katanya. -DayakDaily